Dalam entry ni, saya nak share sedikit tips jika mahu belajar bahasa asing sebagai hobi. Ini berdasarkan pengalaman belajar sendiri-sendiri sahaja, bukan secara rasmi seperti di sekolah atau universiti.
1. Perbanyakan kosa kata hari demi hari.
Langkah pertama untuk menjadi fasih dalam sesuatu bahasa adalah dengan mengetahui banyak kosa kata. Cuba bayangkan pada suatu hari, ada pelancong Korea datang pada kita untuk bertanyakan arah. Dan pada masa itu, kita kurang mahir berbahasa Korea dan hanya tahu beberapa perkataan sahaja dalam bahasa Korea. Dalam situasi itu, dengan kosa kata sahaja sudah boleh membantu anda menyampaikan maklumat walaupun ayat tunggang langgang hahaha.
Begitu juga sebagai langkah permulaan mempelajari bahasa asing. Target satu hari dalam 3 perkataan. Tipsnya, mulakan menghafal kosa kata untuk Kata Kerja, Kata Nama atau Kata Adjektif. Tumpukan perhatian pada perkataan yang mudah dan sering digunakan dalam kehidupan seharian. Jangan lupa untuk catatkan segala perkataan yang anda hafal supaya boleh tidak lupa, hehe :)
![]() |
| Ni buku catatan kosa kata saya :) |
![]() |
| Saya suka bahasa Jepun. Btw, tulisan buruk! Jangan lakukan aktiviti ini dirumah. |
2. Cari sumber untuk meningkatkan kemahiran.
Cara ini bergantung pada setiap individu sebenarnya. Sesetengah orang suka membaca novel, komik, buku motivasi , mendengar muzik ataupun menonton drama. Bagi yang suka membaca, mungkin dengan boleh tingkatkan skill dengan membaca dalam bahasa asing. Seperti saya, saya tidak begitu gemar membaca. Jadi, saya banyak menonton drama Jepun, menonton anime, mendengar lagu kanak-kanak dan mendengar lagu yang mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami.
![]() |
| Drama "Nihonjin Shiranai Nihongo". |
| NHK Easy Japanese News. |
![]() |
| Drama ni bagus untuk beginner. "Beautiful Rain". |
3. Berkomunikasi dengan native speaker.
Antara cara untuk meningkatkan kemahiran bahasa ialah dengan selalu bercakap dalam bahasa tersebut. Maka, carilah kawan-kawan dari luar negara atau native speaker untuk melatih diri berkomunikasi dengan betul. Seronok pun seronok. Ilmu yang kita dapat jika belajar dengan native speaker tidak sama dengan apa yang di dalam buku.
Pada zaman yang serba canggih ini, internet adalah cara mudah menghubungkan manusia. Jadi, senang untuk mencari kawan-kawan luar negara di laman sosial seperti FB, Instagram atau Twitter. Gunakan kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia.
![]() |
4. Belajar sistem tulisan mereka.
Jika bahasa yang kita minati itu mempunyai sistem tulisan yang berlainan dengan bahasa Melayu, cuba pelajari sistem tulisan mereka. Banyak sumber-sumber yang boleh didapati di internet. Jika kita dapat membaca tulisan mereka, lebih mudah untuk meneroka ilmu-ilmu penting seperti tatabahasa dan sebagainya. Tidak perlu terburu-buru, tapi target perlulah ditetapkan.
![]() |
| Sistem tulisan bahasa Arab. |
![]() |
| Sistem tulisan bahasa Jepun |
![]() |
| Sistem tulisan bahasa Korea atau Hangul |
![]() |
| Sistem tulisan bahasa Thailand |
5. Rajin
Yang terakhir ini adalah tips yang paling penting. Teruskan belajar walaupun pada awalnya, kita akan rasa sangat sukar. Jangan berputus asa.
Ganbatte kudasai .
Hwaiting.
Bittaufiq wan najah.
Chohk dee na kaa.
Bonne chance.









No comments:
Post a Comment