Saturday, 12 November 2016

Langkah - Langkah Menghasilkan Blog.

1. Pastikan anda mempunyai akaun Gmail terlebih dahulu. Jika tiada, sila cipta akaun Gmail anda.

2. Pergi ke halaman http://www.blogger.com 


3. Tekan pada create your blog.


4. Masukkan tajuk blog anda.

5. Cipta alamat yang sesuai dan mudah dicari.

6. Pilih design kesukaan anda.

7. Tekan create blog.



8. Anda akan lihat paparan seperti ini.



UNTUK MENULIS ENTRY

1. Tekan pada posts (terdapat di sebelah kiri muka surat)


2.  Cipta new post pada bahagian atas muka surat.



3. Tulis tajuk dan entry anda di sini.


4. Tekan publish.

5. Tekan view blog untuk melihat rupa blog anda.


Tuesday, 8 November 2016

Pengalaman Latihan Industri

          Semasa saya berada di Semester 6 diploma di UPSI, kami diwajibkan menjalani Latihan Industri atau nama lainnya praktikal. Sepanjang 10 minggu kami berpraktikal bermula dari tanggal 28 March 2016 hingga 3 Jun 2016, pelbagai pengalaman menarik yang telah kami lalui di situ.




Hari pertama kami.

Jeti tempat menaiki feri.

          Untuk sampai ke pulau yang menempatkan orang utan itu memakan masa 7-10 minit menaiki feri. Setiap pagi, kami dapat menikmati keindahan perjalanan ke pulau orang utan tersebut. Terlihat bukit-bukau menghijau, sinaran matahari terbit dan alunan ombak tasik yang menenangkan.


Pemandangan di awal pagi.

   
Rutin setiap pagi, menaiki feri ke pulau.
       Di sana, kami di ajar pelbagai ilmu pengetahuan yang menarik dari segala aspek dan diberi kesempatan untuk bertugas di setiap unit yang terdapat di sini. Antaranya ialah Unit ICU, Unit Renjer, Unit PR dan lain-lain.  Untuk Unit ICU, kami belajar cara-cara menyediakan susu orang utan, ubat-ubatan, ujian air kencing, ujian fekal orang utan dan ilmu-ilmu verterinar yang lain.

Urine test dilakukan pada setiap hari pada sample air kencing orang utan betina.
Ujian ini memberi maklumat tentang kitaran menstruasi,kehamilan, nutrisi dan lain-lain.

Fecal examination juga dilakukan setiap pagi untuk mengetahui kehadiran cacing
dalam badan najis orang utan.

Pengambilan sampel darah.

 


              Di Unit Renjer pula kami belajar cara penyedian makanan dan minuman orang utan. Tugas utama unit ini untuk menjaga keselamatan orang utan dan pelancong yang datang melawat. Di samping itu, kami berpeluang untuk mencuci kandang orang utan. Ini sangat penting supaya persekitaran orang utan bersih dan selamat.

Buah-buahan sebagai makanan utama orang utan.

Kod pakaian yang betul ketika mencuci kandang.
           Di sini kami berperluang untuk meningkat kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri dengan menyertai Unit PR memberi penerangan kepada pelancong yang datang. Selain itu, kami juga pernah ditugaskan sebagai fasilitator untuk sebuah program pendidikan dari sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang.

Program pendidikan.
Pelajar menyampaikan maklumat kepada pelancong.

Membuat plot di dalam hutan.

Ada pacat XD

My favorite, April. Ayu ayu gitu.
  
BJ si jantan dominan. Macsm ketua pulau ni lah.

Adam, yang paling hensem kat pulau ni.

Nicky dan Cha Cha. 


Tak mampu nak upload semua gambar orang utan, dengan Mike pun boleh.



          Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi di Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah ini sangatlah tidak ternilai harganya. Semoga pengalaman dan ilmu yang kami dapati dapat dikongsikan kebaikannya dengan orang ramai. Terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Sains Dan Matematik, UPSI kerana membenarkan kami menjalani latihan industri di sini dan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah kerana menerima kami dan sudi memberi tunjuk ajar tanpa lokek dan jemu.

Bersama pensyarah penyelia.





Sunday, 6 November 2016

Tips Belajar Bahasa Asing

Dalam entry ni, saya nak share sedikit tips jika mahu belajar bahasa asing sebagai hobi. Ini berdasarkan pengalaman belajar sendiri-sendiri sahaja, bukan secara rasmi seperti di sekolah atau universiti.

1. Perbanyakan kosa kata hari demi hari.

Langkah pertama untuk menjadi fasih dalam sesuatu bahasa adalah dengan mengetahui banyak kosa kata. Cuba bayangkan pada suatu hari, ada pelancong Korea datang pada kita untuk bertanyakan arah. Dan pada masa itu, kita kurang mahir berbahasa Korea dan hanya tahu beberapa perkataan sahaja dalam bahasa Korea. Dalam situasi itu, dengan kosa kata sahaja sudah boleh membantu anda menyampaikan maklumat walaupun ayat tunggang langgang hahaha. 

Begitu juga  sebagai langkah permulaan mempelajari bahasa asing. Target satu hari dalam 3 perkataan. Tipsnya, mulakan menghafal kosa kata untuk Kata Kerja, Kata Nama atau Kata Adjektif. Tumpukan perhatian pada perkataan yang mudah dan sering digunakan dalam kehidupan seharian. Jangan lupa untuk catatkan segala perkataan yang anda hafal supaya boleh tidak lupa, hehe :)

Ni buku catatan kosa kata saya :)


Saya suka bahasa Jepun. Btw, tulisan buruk! Jangan lakukan aktiviti ini dirumah.
2. Cari sumber  untuk meningkatkan kemahiran.

Cara ini bergantung pada setiap individu sebenarnya. Sesetengah orang suka membaca novel, komik, buku motivasi , mendengar muzik ataupun menonton drama. Bagi yang suka membaca, mungkin dengan boleh tingkatkan skill dengan membaca dalam bahasa asing. Seperti saya, saya tidak begitu gemar membaca. Jadi, saya banyak menonton drama Jepun, menonton anime, mendengar lagu kanak-kanak dan mendengar lagu yang mempunyai gaya bahasa yang mudah difahami. 
Image result for nihongo shiranai no nihonjin
Drama "Nihonjin Shiranai Nihongo".

Image result for nhk news app
NHK Easy Japanese News.


Image result for beautiful rain japanese drama
Drama ni bagus untuk beginner. "Beautiful Rain".

3. Berkomunikasi dengan native speaker.

Antara cara untuk meningkatkan kemahiran bahasa ialah dengan selalu bercakap dalam bahasa tersebut. Maka, carilah kawan-kawan dari luar negara atau native speaker untuk melatih diri berkomunikasi dengan betul. Seronok pun seronok. Ilmu yang kita dapat jika belajar dengan native speaker tidak sama dengan apa yang di dalam buku. 

Pada zaman yang serba canggih ini, internet adalah cara mudah menghubungkan manusia. Jadi, senang untuk mencari kawan-kawan luar negara di laman sosial seperti FB, Instagram atau Twitter. Gunakan kesempatan ini untuk berkomunikasi dengan pelbagai jenis manusia.

Image result for communication

4. Belajar sistem tulisan mereka.

Jika bahasa yang kita minati itu mempunyai sistem tulisan yang berlainan dengan bahasa Melayu, cuba pelajari sistem tulisan mereka. Banyak sumber-sumber yang boleh didapati di internet. Jika kita dapat membaca tulisan mereka, lebih mudah untuk meneroka ilmu-ilmu penting seperti tatabahasa dan sebagainya. Tidak perlu terburu-buru, tapi target perlulah ditetapkan. 
Image result for arabic alphabet for kids
Sistem tulisan bahasa Arab.
Image result for hiragana katakana
Sistem tulisan bahasa Jepun 



Image result for hangul alphabet
Sistem tulisan bahasa Korea atau Hangul
Image result for thailand alphabet
Sistem tulisan bahasa Thailand
5. Rajin 

Yang terakhir ini adalah tips yang paling penting. Teruskan belajar walaupun pada awalnya, kita akan rasa sangat sukar. Jangan berputus asa. 

Ganbatte kudasai .
Hwaiting.
Bittaufiq wan najah.
Chohk dee na kaa.
Bonne chance.