Tuesday, 8 November 2016

Pengalaman Latihan Industri

          Semasa saya berada di Semester 6 diploma di UPSI, kami diwajibkan menjalani Latihan Industri atau nama lainnya praktikal. Sepanjang 10 minggu kami berpraktikal bermula dari tanggal 28 March 2016 hingga 3 Jun 2016, pelbagai pengalaman menarik yang telah kami lalui di situ.




Hari pertama kami.

Jeti tempat menaiki feri.

          Untuk sampai ke pulau yang menempatkan orang utan itu memakan masa 7-10 minit menaiki feri. Setiap pagi, kami dapat menikmati keindahan perjalanan ke pulau orang utan tersebut. Terlihat bukit-bukau menghijau, sinaran matahari terbit dan alunan ombak tasik yang menenangkan.


Pemandangan di awal pagi.

   
Rutin setiap pagi, menaiki feri ke pulau.
       Di sana, kami di ajar pelbagai ilmu pengetahuan yang menarik dari segala aspek dan diberi kesempatan untuk bertugas di setiap unit yang terdapat di sini. Antaranya ialah Unit ICU, Unit Renjer, Unit PR dan lain-lain.  Untuk Unit ICU, kami belajar cara-cara menyediakan susu orang utan, ubat-ubatan, ujian air kencing, ujian fekal orang utan dan ilmu-ilmu verterinar yang lain.

Urine test dilakukan pada setiap hari pada sample air kencing orang utan betina.
Ujian ini memberi maklumat tentang kitaran menstruasi,kehamilan, nutrisi dan lain-lain.

Fecal examination juga dilakukan setiap pagi untuk mengetahui kehadiran cacing
dalam badan najis orang utan.

Pengambilan sampel darah.

 


              Di Unit Renjer pula kami belajar cara penyedian makanan dan minuman orang utan. Tugas utama unit ini untuk menjaga keselamatan orang utan dan pelancong yang datang melawat. Di samping itu, kami berpeluang untuk mencuci kandang orang utan. Ini sangat penting supaya persekitaran orang utan bersih dan selamat.

Buah-buahan sebagai makanan utama orang utan.

Kod pakaian yang betul ketika mencuci kandang.
           Di sini kami berperluang untuk meningkat kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri dengan menyertai Unit PR memberi penerangan kepada pelancong yang datang. Selain itu, kami juga pernah ditugaskan sebagai fasilitator untuk sebuah program pendidikan dari sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang.

Program pendidikan.
Pelajar menyampaikan maklumat kepada pelancong.

Membuat plot di dalam hutan.

Ada pacat XD

My favorite, April. Ayu ayu gitu.
  
BJ si jantan dominan. Macsm ketua pulau ni lah.

Adam, yang paling hensem kat pulau ni.

Nicky dan Cha Cha. 


Tak mampu nak upload semua gambar orang utan, dengan Mike pun boleh.



          Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi di Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah ini sangatlah tidak ternilai harganya. Semoga pengalaman dan ilmu yang kami dapati dapat dikongsikan kebaikannya dengan orang ramai. Terima kasih diucapkan kepada pihak Fakulti Sains Dan Matematik, UPSI kerana membenarkan kami menjalani latihan industri di sini dan terima kasih tidak terhingga kepada pihak Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah kerana menerima kami dan sudi memberi tunjuk ajar tanpa lokek dan jemu.

Bersama pensyarah penyelia.





1 comment:

  1. Hai, saya nak tanya, bagaimana dengan penginapan, makanan dan elaun? adakah disediakan?

    ReplyDelete